Thursday, August 02, 2007
Pengumuman

wahai kengkawan hambe dah berpindah ke klik sini Rumah Baru

Posted at Thursday, August 02, 2007 by imanulnaim

Wednesday, July 04, 2007
Kembali Ke Alam Nyata

fuh...ramai menelefon dan ber sms menyatakan kerinduan pada ana untuk kembali melayari dan meng update laman blog ini, sori kengkawan bukan constrain tapi malas,

1. takde internet kat ofis baru
2. sibuk berprogram
3. takde alasan
4. macam busy sangat.....................

okeylah untuk permulaan ini ana akan mulakan dengan kehidupan baru ana. Life Is begin now..tadi sedang melayari internet sahabat lama ana yang study di Makkah Al Mukaramah menelefon, dalam perbualan terubat rasa kerinduan pada sahabat yang sudah laam tidak berhubung. Namun ada satu perkara yang ingin diberitahu bahawa dia telah berkahwin dengan seorang gadis Thailand.

inilah dikatakan jodoh, siapa tahu gadis yang dikahwini di Mekkah itu merupakan rakyat pattani, yala, atau wilayahselatan Thaliand yang lain demi untuk menyelamatkan maruah agama mereka. Syabas ya Sodiqi, membuatkan ana termenung sejenak memikirkan hadiah untuk diberi pada enta.

tapi ini hadiah sementara untuk sahabatku

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

Posted at Wednesday, July 04, 2007 by imanulnaim

Thursday, June 15, 2006
PEKA 06

8-10 JUN
Taman Rekreasi SEKAYU, Kuala Berang

[8-06-2006]
aku diamanahkan sebagai 'arkitek jungle trecking' b4 thats aku kena pi exam KPLI dulu. Selepas bagi keizinan pada is3 ku, yang turut jadi fasilitator. ku merempit dengan kawanku ke tempat program.
Sampai aje tempat program dalam kul 2.00 petang, ku lihat semua peserta dah duk dalam kumpulan masing2. Kalu tak sebelum ning tugas aku lah yang kena divide peserta dalam kumpulan. First day aku just survey dulu trek mana yang nak digunakan. Tempat tu memang syok, termasuk 'doktor hutan' pacatlah tu....abis darah kotor ku.

Mengikut director, Explorace akan dijalankan lepas Solat Jumaat esok.

[9-06-2006]
Pagi2 lagi aku dan myteam telah berjalan selama 30 jam, untuk membuat trek, samada dari segi xtvt fizikal, dan mental. Pada Obey, Yus, Kodin, Syuk & Luqman thanks kat korang, tanpa korang takde maknanye.
Lepas tu habis aje design trek tersebut lebih kurang, kami dihadiahkan mandi air terjun berjemaah. Teringat kat is3 "kalu mandi both together kan syok"

Tepat 11.30 aku pun jadi Master Of Director, present keadaan trek then peranan semua fasi dalam menjayakan explorace tersebut. pastu pi solat Jumaat, mata masing-masing dah expired tak tahan, khatib baca khutbah pun slow maintain je.

3.00 petang, bermulalah episod 'toucher fisikal' kah....padan muka dengan peserta diorang digempakkan dengan ketakutan dan kengerian pabila berjalan dalam trek tersebut. 5 checkpoint patut setiap tema tempuhi, yang paling syok kat checkpoint SUICIDE BOMBER. abis lumpur kat diorang...
abis semua team lalui pengalaman yang menakutkan itu, mereka diberi ganjaran mandi sungai. Riang gembira riak wajah mereka, puas menghilangkan kotoran.

9.00 Malam, Malam Persembahan..ini paling syok, aku kena berlakon jadi pakwe tackle aweq bapuk. Cis pandai2 je director bagi aku role tu. Metang2 le aku smart(bukan takbur) abis semua puji lakonan kami malam tu. Dah tu apalagi tidur jelah..

[10-06-2006]
dah abis tak faham-faham ke....sebelum balik sekali lagi kami mandi air terjun, Amir, Alif, Mohd Nor, Pijo, Jeri, Syuk, Obey & Yus thanks kat semua kerana kita berjaya buat USRAH dalam air terjun tu..sejuk sungguh.

Posted at Thursday, June 15, 2006 by imanulnaim

UcapanDari Hijazz

"bila 2 hati dah terjalin
selamatlah pengantin kami doakan"

Posted at Thursday, June 15, 2006 by imanulnaim

Monday, June 12, 2006
Majlis Perkahwinan

Alhamdulillah selamat dah diriku dan is3 ku, pada 19 Mei 2006 hari tu. So Mintak maap semua coz korang tak dapat nengok gambor kenduri hari tu. Here's aku letak sebahagian, so jangan korang bomoh pulak ye...coz lepas je kawin aku kena jadi handzalah program banyak woooo.....

Posted at Monday, June 12, 2006 by imanulnaim

Wednesday, May 03, 2006
tuju khas untuk ayahnda tercinta

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita.........

sedih ni sebahagian lagu PemergianMu alunan INTEAM. Teringat kisah ayahnda sahabat baikku

Posted at Wednesday, May 03, 2006 by imanulnaim

Tuesday, May 02, 2006
stePemergian Ayahanda Tercinta

Redup lewat petang, saat alunan panggilan bilal untuk ke masjid, saat itulah juga panggilan Illahi disahut oleh seorang insan, yang sedang bertarung nyawa. Seperti sudah diduga alam, kedinginan cuaca pada petang itu bagai penanda terakhir pemergiaan ayahanda pada sahabat karibku.

tatkala mesyuarat pada pagi tersebut, air mukanya tidak berubah ada sedikit kemurungan yang terpampang di wajahnya. Hati juga berat untuk menerima taklifan sebagai AJK Tempat kerana bimbang untuk menjaga ayahanda tercinta dan juga amanah. Namun kekuatan ruhiyyah mengatasi segala, permergiaan ayahanda diiringi doa dan tangisan hati.

Anak sulung tiada pekerjaan tetap, itulah cabaran rakanku dalam menghadapi dugaan hidup selepas ini. Kuatkanlah semangatmu dengan redha atas pemergiaannya dan berdoalah agar diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Nabi pernah jua berasa sedih sepertimu, ditinggalkan ibubapa tercinta, isteri tersayang, atuk penyeri hidup dan juga saudara yang baik semua meninggalkan baginda. Namun kerana kekentalan jiwa yang telah menjual sepenuhnnya pada Illahi kerana itulah harga sebenar yang paling bernilai.

"for my fren takziah dan hadapilah hidup ini dengan tabah" lindungilah kesedihanmu dengan keimanan. AL Fatihah

Kehidupan umpama satu pentas. Setiap yang berlaku telah tertulis skripnya. Tuhan sedang melihat siapa yang berjaya mengikut skrip yang Dia tulis dan siapa yang tidak. Dia akan memberi ganjaran yang setimpal kepada setiap aktor dengan keadilan dan kasih sayangNya. Namun ramai yang tidak menyedari, hidup hari ini adalah untuk kehidupan 'masa depan'.. copy paste dr zalina blogdrive

Posted at Tuesday, May 02, 2006 by imanulnaim

Sunday, April 23, 2006
sori lama tak online

mintak maap pada sumer observer, line kat ofis takde so takder berita nak dikongsi kat sini. Tapi pada diari banyak yang perlu dicoretkan bersama.

minggu lepas my pren akh ridzuan telah selamat dijabkabulkan dengan permaisuri hatinya iaitu Tsuwaibah Aslamiah, walaupun disoal bertalu-talu oleh tok imam (ni tester) namun kerana keberkatan perkahwinan beliau selamat menjawab dengan penuh yakin.
Kalu hambe kantoi jugak nak jawab....

Sebelum tu jugak ada Kem Anak Soleh, anjuran WaJA Wakaf Mempelam. Aku jadi  fasilitator satu kumpulan tu.  Masa  modul  Missed  Call For U, alhamdulillah semua  client hambe selamat  dalam  amali  dan qauli..tapi ada jugak yang still tak ingat doa qunut & tahiyat akhir.  Rasa  kepuasan yang amat sangat walaupun singkat saje program tersebut.  Harapan kekande kepada dinda2  sekelian  jangan tinggal solat.

Semalam juga kami buat USRAH di pantai, walaupun kehadiran kurang memuaskan tapi pengisian yang diberi dapat mengubat kekosongan yang ada dalam hati ini. Hendaknya para pejuang perlu mengisi dengan ilmu sebanyak mungkin. Dengan itu hambe telahhpun memulakan sesi hafalan (dah start lama tapi masih gagal nak struggle) Quran & Hadis. Doakanlah hambe ye.

akhir sekali, hambe akan memulakan satu sejarah baru dalam bulan Mei nanti, tak nak heboh lagi tapi just nak inform dulu kat semua. Dah sampai masanya kan hambe announce kat sumer.

Posted at Sunday, April 23, 2006 by imanulnaim
Comments (2)

Saturday, April 08, 2006
Pelawa pesara guru

nak tau lagi baca:PM panggil bekas guru
....kenapa takde guru muda dah ke..yang bersara tu jugak nak ambik. Biarjanlah yang bersara tu buat amal ibadat nak mengadap Illahi pulak. Kubur kata mai..Rumah Kata pi..

saya cikgu Kesusateraan Melayu Kuno. Sekarang menetap di Papua New Guniea, kerana kerajaan panggil so saya terpaksa balik Malaysia.

Posted at Saturday, April 08, 2006 by imanulnaim
Make a comment

Sunday, April 02, 2006
terkini

Aku tidak tahu lagi ke mana masa hadapan ku, samada masih lagi begini or akan berubah namun aku mula menghitung akan kehadiran manusia baru dalam hidupku. Maybe ianya kana mengubah diriku dan masa depanku jugak itu belum tahu. Aku cuma bertahan hingga aku dapat sesuatu yang aku idamkan selama ini. Apa yang aku idam-idamkan?????aku pun tak tau....

Posted at Sunday, April 02, 2006 by imanulnaim
Make a comment

Next Page

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed

Ukhwah.com :: Top Blog

Aeman 24 Yrs Old Terengganu imanulnaim@yahoo.com YM id: imanulnaim

myspace layouts

<< June 2020 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

Harakah:: The Star:: Metro:: BHarian:: UTUSAN:: malaysiakini::

Gamborku
Fotopages

forum

Bebudak UUM
kuncisudu:: Shida :: Jundi :: Chronosight

[Jalan-jalan cari maklumaT]

.: Sokai:.

This browser appears to be unable
to display clips inline the player.

>Play the
clip in Windows Media Player